25September2018

Kekecohan berlaku semasa himpunan bantah pembebasan Guan Eng…

Gara gara gangguan bunyi bising musik kumpulan busker …kekecohan timbul antara peserta satu perhimpunan membantah keputusan menarik balik dakwaan kes rasuah terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng dengan polis di depan komplek membeli belah Sogo di Kuala Lumpur Jumaat malam.
 
Bunyi bising itu yang tenggelamkan ucapan semasa Perhimpunan Majlis Pengkebumian Institusi Peguam Negara anjuran Pemantau Malaysia Baru diketuai Datuk Lokman Noor Adam telah dorong mereka untuk berarak dari situ ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi terletak berdekatan.
 
Para peserta himpunan yang bermula dari jam 9 malam hingga 10.30 malam itu juga membawa spanduk desak Peguam Negara Tommy Thomas letak jawatan.
 
Tolak menolak dan jerit pekik telah menyelubungi suasana di situ bila sebilangan anggota polis telah menghalang cubaan mereka untuk berarak.
 
Sebelum itu Lokman kedengaran meminta pihak polis yang berkawal di situ meminta kumpulan busker perlahankan sistem pembesar suara mereka agar ucapan dapat didengar dengan lebih jelas.
 
Apabila polis tidak melayan permintaan itu mereka mula bergerak untuk berarak.
 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah kemudiannya menjelaskan pihaknya tidak meminta kumpulan busker perlahankan pembesar suara kerana mereka ada permit DBKL sedangkan peserta himpunan tidak mohon permit polis.
 
Sewaktu kekecohan itu surat laporan polis peserta himpunan mengenai kes Guan Eng telah koyak dan mikropon mereka patah.
 
Lokman yang ditemui wartawan selepas himpunan itu berakhir dakwa pihak polis tidak bertindak professional dalam mengawal  keadaan.
 
Shaharuddin pula memberitahu tiada sebarang tangkapan dibuat keatas peserta.
 
Namun menurutnya perhimpunan itu akan disiasat dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
 
Perhimpunan itu dianjurkan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 3 September melepas dan membebaskan Guan Eng  dan ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada tuduhan rasuah melibatkan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.- 7/9/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 395  tetamu dalam talian