22Oktober2017

Keji... lelaki didakwa rogol ibu kandung

Haruan makan emak... Seorang pekerja kilang didakwa di Mahkamah Sesyen Taiping pagi ini atas tuduhan merogol ibu kandungnya.

Lelaki berusia 21 tahun itu mengaku tidak bersalah di atas tuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Dia dituduh merogol ibunya yang berusia 49 tahun di rumah mereka kira-kira jam 7 malam 8 Mac lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang, agama dan hukum adat dan kebiasaan untuk tertuduh berkahwin dengannya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Safiyatun Ahmadun di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail manakala tertuduh diwakili peguam, Kathan Maruthamuthu dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Hakim kemudian mengenakan ikat jamin sebanyak RM8,000 sehingga kes disebut semula pada 21 April depan.

Tertuduh gagal membayar wang jaminan berkenaan.-15/3/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1022  tetamu dalam talian