25April2017

Kami hadapi pilihanraya sendirian - Pengarah Pilihanraya PAS

Seluruh jentera pilihanraya PAS sudah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) secara bersendirian.

Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau sudah selesai mengadakan lawatan kerja ke semua negeri di Semenanjung bagi meninjau persiapan jentera dengan menjangkakan pilihan raya akan berlangsung sekitar September atau Oktober ini.

Beliau memberitahu, adalah sesuai sekiranya pilihanraya umum akan datang dilangsungkan pada September atau Oktober ini sejurus selesai musim perayaan, musim Haji dan juga temasya Sukan SEA dengan Malaysia menjadi tuan rumah.

“Bagi kita (PAS), kita sudah siap sedia pada bila-bila masa bagi hadapi PRU-14, tapi kalau lebih lama lagi, kita akan pertingkatkan lagi keupayaan kita sebagai persiapan menghadapinya,” katanya.-14.4.2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1050  tetamu dalam talian