14November2018

Ka Siong terkejut Guan Eng kata kontrak CRCC tidak penting

Lim Guan Eng nampaknya sudah jadi macam ikan tersangkut dijaring... makin nak lepaskan diri makin terbelit.

Terbaru, menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya, Ka Siong sekali lagi mengingatkan cabarannya kepada Guan Eng untuk mengemukakan dokumen bukti bagaimana syarikat fesyen tempatan, Voir Holding menjadi pemegang saham terbesar dalam pembinaan projek raksasa itu mampu membayar sekurang-kurangnya RM381 juta sebagai modal pembayaran.

Ka Siong turut mempersoalkan kenyataan Guan Eng yang mengakui bahawa China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) dan Beijing Urban Construction Group (BUCG) tidak dilantik sebagai syarikat konsesi kenderaan keguaan khas (SPV) dan memberi projek mega itu kepada syarikat berusia 82 hari dengan bayaran modal hanya RM300,000 pada masa itu.

"Guan Eng juga perlu memberitahu berapa banyak bayaran yang telah diberikan kepada CRCC sejak kontrak ditandatangani pada Oktober 2013 dan apakah peranan sebenar CRCC di dalam projek mega ini selama lima tahun lalu, setelah kontrak ditandatangani," katanya.

Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, tiada sebab untuk terus membantah berkaitan CRCC menjadi pemegang saham dalam projek mega tersebut kerana Setiausaha Agung DAP itu tetap dengan sikapnya yang enggan mengakui kesilapan dan terus berbohong.

"Saya terkejut, dalam kenyataan yang dikeluarkannya pada Rabu,Guan Eng berkata kontrak yang ditandatangani oleh CRCC itu tidak penting dan beliau tidak akan memperjelaskan mengenai isu tersebut.

"Bila saja anda (Guan Eng) mula memberikan alasan putar belit dan tidak tahu malu seperti itu, maka tiada perkara lagi untuk berhujah," katanya.

"Tanpa kedua-dua syarikat China sebagai pemegang saham, rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui sama ada SPV masih memenuhi modal berbayar minimum RM381 juta untuk memenuhi syarat untuk tender," katanya.

Pada awal 2013, ketika ramai mengkritik pemberian projek mega bernilai RM6.3 bilion kepada syarikat konsesi SPV yang disenaraikan sebagai sebuah syarikat di bawah modal, lantas untuk meyakinkan orang ramai, kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan memaklumkan dua syarikat pembinaan gergasi dan berpengalaman luas dari China merupakan pemegang saham terbesar dengan modal berbayar RM4.6 bilion.

Namun, ia jelas helah kerajaan DAP apabila Ka Siong memberitahu bahawa hasil daripada pemeriksaan pihaknya mendapati ke­dua-dua syarikat gergasi dari China itu tiada lagi dalam senarai pemegang saham SPV manakala 39 peratus saham lagi dipegang individu lain.

Pertikaman lidah antara dua orang pemimpin itu mula tercetus apabila Ka Siong mempersoalkan penglibatan syarikat fesyen yang disenarai menjadi pemegang saham SPV dalam projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Isnin lalu, CRCC mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menjadi pemegang saham dalam SPV berhubung  projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di negeri Pulau Pinang.

Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, CRCC juga bukan pemegang saham syarikat induk SPV yang dipegang oleh Zenith Construction Sdn Bhd kerana tidak langsung menjalani kontrak dengan kerajaan Pulau Pinang.

"CRCC tidak memberi kelulusan dan tidak faham mengapa Kerajaan Pulau Pinang telah menganggap mereka sebagai pemegang saham SPV untuk projek terowong bawah tanah dan tiga projek jalan utama.

"CRCC hanya menandatangani "pengakuan komitmen" sebagai lampiran kepada permulaan perjanjian da tiga projek jalan raya dan CRCC akan menyerahkan projek itu kepada pihak yang diberikan mana-mana bahagian projek oleh SPV," katanya.-8/2/2018 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 427  tetamu dalam talian