21Mei2018

Istana Kelantan tarik balik gelaran Mahathir... ?

Istana Kelantan menarik balik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang membawa gelaran Kerabat daripada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa, dan Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah juga ditarik balik.
 
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, perkara itu diperolehi daripada sumber yang berwibawa.

"Kita tunggu pengumuman rasmi mengenainya nanti," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Penarikan darjah kebesaran oleh Istana Kelantan ini bukan perkara yang baru, kerana sejak 2009 pihak istana telah beberapa kali menarik balik darjah kebesaran membawa gelaran Kerabat dan Datuk yang dikurniakan kepada beberapa individu tertentu.

"Penarikan balik darjah kebesaran ini adalah dibuat dengan berasaskan kepada Perkara 45(1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang berbunyi: “Maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia bolehlah menurunkan pangkat mana-mana orang yang telah dikurniakan kepadanya mana-mana pangkat atau gelaran atau Pingat-Pingat Kehormatan mengikut syarat-syarat Perkara 43 atau 44 Bahagian ini, jika ada cukup kesalahan atau dosa yang telah dilakukan yang mengharuskan diperbuat demikian itu”," katanya.

Pada tahun 2010, penarikan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi). membawa gelaran Kerabat telah dibuat terhadap Tengku Muhammad Fakhry Petra pada 30 September 2010 dan Tengku Razaleigh Hamzah pada 2 Disember 2010.

Penarikan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk turut dilakukan dan melibatkan beberapa ahli politik seperti  Ibrahim Ali pada 13 Oktober 2010, Dr Yaacob Hussain Merican pada 2 Disember 2010 dan Mohd Raihan Dato’ Seri Eusuff Teh pada 4 Mac 2010.-7/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 831  tetamu dalam talian