21Jun2018

Ismail Kassim kendurkan ketegangan dengan Istana Perlis...

Ada cahaya di hujung terowong... kini penyelesaian baru dikemukakan selepas calon Menteri Besar Perlis Datuk Ismail Kassim merafak sembah kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail untuk melantik calon lain selain dirinya dan ADUN Bintong Datuk Seri Azlan Man sebagai menteri besar negeri itu.

Dalam sidang media khas di sebuah hotel di ibu kota selepas solat terawih malam tadi, ADUN Tambun Tulang itu juga mencadangkan mana-mana lapan ADUN Barisan Nasional (BN) yang lain untuk menerajui negeri berkenaan.

"Demi menyelesaikan kemelut yang berlaku ini, kami mencadangkan mana-mana satu antara 'mereka' untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar. Mereka ini mempunyai pelbagai latar belakang yang tidak ada masalah memimpin negeri, asalkan bukan saya dan Azlan.

"Kami bersedia untuk bersama-sama menghadap Tuanku sekiranya dipanggil bagi memperbetulkan keadaan demi kebaikan rakyat Perlis,"katanya.

Katanya, beliau tidak mahu dilihat sebagai gila kuasa atau menteri besar boneka hanya kerana namanya dicalonkan oleh abangnya yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tuanku Syed Sirajuddin hari ini menzahirkan rasa dukacita susulan tindakan sembilan ADUN BN yang tidak hadir pada majlis pelantikan dan angkat sumpah Azlan sebagai menteri besar Perlis hari ini.

Kesemua mereka tidak hadir kerana dikatakan tidak bersetuju dengan pelantikan Azlan.

BN memenangi 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.-25/5/2018

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1079  tetamu dalam talian