19September2017

Isa Samad letak jawatan Pengerusi FIC

Felda Investment Corp’s (FIC), pada Isnin mengumumkan perletakan jawatan pengerusi bukan eksekutif Tan Sri Mohd Isa Samad.

FIC memberitahu Bursa Malaysia mengenai peletakan jawatan Isa, 67, selain pengarah bukan eksekutif Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, 54, dan Datuk Hanapi Suhada, 60, ekoran 'perubahan penama dari pemegang saham utama.

'Calon baru untuk mengisi jawatan itu adalah pengarahnya, Datuk Muzzammil Mohd Nor, 45; Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, 58;  dan Hussein Ismail, 60.

Muzzammil merupakan Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan) Felda, Syed Mohammed memegang jawatan sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan Hussein juga merupakan Pengarah Iris Corp.

Namun pengumuman itu tidak memaklumkan mengenai pelantikan pengerusi baru.

FIC merupakan satu cabang pelaburan syarikat milik penuh Felda yang baru-baru ini berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pembelian dua hotel di London dan Kuching.-15/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 722  tetamu dalam talian