17Januari2018

Isa beri keterangan polis pasal tanah FELDA

Bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Isa samad sudah beri keterangan kepada polis isu tanah FLEDA di Jalan Semarak Kuala Lumpur bernilai lebih RM270 juta yang didakwa dipindah milik secara mencurigakan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun kata Isa beri keterangan di Bukit Aman jam 10 pagi.

Beliau yang ditemui selepas satu majlis di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya Khamis kata lebih ramai individu akan dipanggil beri keterangan untuk bantu siasatan kes itu.

Isa adalah Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017, Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017.

Pindah milik secara mencurigakan itu dipercayai berlaku pada 2014.

Pengerusi baru Felda, Tan Sri Shahrir Samad membuat pendedahan mengenai hal berkenaan kata FELDA mahu balik tanah berkenaan.

Beliau telah membuat laporan polis mengenai isu itu pada 12 Disember lalu.

Isa yang sebelum ini ditemui wartawan kata beliau tidak lari dan sedia memberi kerjasama kepada polis jika dipanggil memberi keterangan berhubung isu tanah Felda itu.

Ketika itu polis masih belum menghubunginya untuk mendapatkan sebarang kenyataan.

“Setakat ini, polis belum panggil saya, biar mereka jalankan siasatan. Jika polis dan SPRM panggil, saya sedia beri kerjasama.

“Saya tidak mahu komen lebih kerana tidak mahu isu ini dijadikan polemik politik,” katanya.- 4/1/2017- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 661  tetamu dalam talian