18Ogos2018

Ini wajah pembunuh pensyarah Palestin,Dr Fadi

Ini adalah wajah salah seorang dari dua lelaki yang menembak mati pensyarah warga Palestin Dr Fadi Mohammed Al Batash di Setapak,Kuala Lumpur pada pagi Sabtu lalu.
 
Dia dipercayai masih berada di Malaysia dan mungkin sudah menyamar tukar wajah.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata gambar ini berdasarkan maklumat orangramai ekoran penemuan motosikal berkuasa tinggi bernombor BKJ 413 yang ditemui di Tasik Danau Kota Selasa.
 
Beliau memberitahu sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi Rabu motosikal berkenaan ditinggalkan di situ yakni sembilan minit dari lokasi kejadian.
 
Polis percayai mereka masuk negara ini guna dokumen perjalanan palsu.
 
Fuzi tidak dapat mengesahkan samaada mereka ejen asing dan siasatan masih diteruskan.
 
Sementara itu Enas Al Batash, 31, isteri kepada Dr Fadi memberitahu beliau dan 3 anaknya akan kembali ke tanah air mereka di Palestin untuk selama-lamanya.
 
Katanya ini sebagai memenuhi hasrat arwah suaminya supaya beliau meneruskan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD).
 
Enas yang telah menetap di Malaysia sejak 7 tahun lepas kata beliau sudah mendaftar untuk mengikuti program PhD di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan akan meneruskan pengajian secara dalam talian.- 25/4/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 431  tetamu dalam talian