16Oktober2018

Ini reaksi Anwar pasal BN tidak bertanding PRK Port Dickson...

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi menentangnya.
 
Bagaimanapun, katanya, beliau masih perlu menghadapi saingan daripada calon lain termasuk calon bebas pada pilihan raya yang akan diadakan pada 13 Okt.
 
“Saya sambut baik siapa tidak bertanding, saya menyambut baik pertandingan, tetapi saya lebih gembira jika tiada pertandingan, jika UMNO tidak bertanding, sudah tentulah saya harus berdepan calon-calon bebas,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan pada program Syarahan Negarawan 2018 di Kuala Lumpur Selasa.
 
Semalam, pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan BN memboikot PRK itu dan tidak akan meletakkan calon kerana menganggap kerusi Parlimen itu dikosongkan semata-mata untuk memenuhi cita-cita politik seseorang.
 
Sementara itu, ditanya mengenai pihak yang mempertikainya sebagai calon di kerusi itu, Anwar berkata mereka berhak menyuarakan pandangan dan kritikan terhadapnya.
 
“Antara isu yang dibangkitkan adalah kerana saya ini ‘agak’ Melayu dan Islam, jadi itu saya cuba jawab, tapi mereka ada hak untuk kemukakan pandangan atau kritikan,” katanya.
 
Mengulas mengenai cadangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang bersedia untuk mengendalikan pemilihan PKR jika diperlukan, Anwar berkata ia tidak mudah untuk dilaksanakan memandangkan proses pemilihan itu telah berjalan.
 
Katanya, sebagai badan pemantau pilihan raya, Bersih dilihat memang berkesan menjalankan fungsinya, namun agak sukar bagi proses pemilihan PKR yang perlu mematuhi tempoh masa yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
 
Beliau turut mengulangi amaran kepada calon-calon yang bertanding dalam pemilihan itu, terutama mereka yang mempunyai jawatan dalam kerajaan untuk tidak membuat tawaran projek kepada anggota parti bagi meraih undi.- 25/9/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 416  tetamu dalam talian