23Oktober2017

Ini dia jurulatih yang didakwa rogol atlet terjun negara…

Inilah wajah Huang Qiang, 35, jurulatih Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi Rabu untuk hadapi pertuduhan merogol seorang atlet acara terjun negara.
 
Dia didakwa merogol atlet yang berusia 20 tahun di dalam Gimnasium Terjun, Kompleks Akuatik Sukan Negara, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Sri Petaling,  jam 5.30 petang, 26 September lalu.
 
Selepas pertuduhan dibacakan hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob, dia mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
 
Huang dari China merupakan bekas juara dunia didakwa bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
 
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin, berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis setiap dua kali sebulan.
 
Mahkamah juga menetapkan 6 November ini untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.- 11/10/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 693  tetamu dalam talian