09Disember2018

Indonesia setuju serah kapal Equanimity kepada Malaysia…

Indonesia telah bersetuju untuk serah kapal persiaran mewah Equanimity berharga sekitar RM1 billon yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Jho Low kepada Malaysia.

 

 

 

Kapal berkenaan asalnya ditahan pihak berkuasa Indonesia atas permintaan pihak berkuasa Amerika di perairan dekat Bali pada Februari lalu.

 

 

 

Ia kemudian dilepaskan ekoran perintah mahkamah Indonesia pada April memutuskan bahawa kapal berkenaan ditahan secara tidak sah.

 

 

 

Bagaimanapun ia ditahan semula pada Julai.

 

 

 

Reuters melaporkan bahawa kapal berkenaan kini berada di perairan dekat Pulau Batam yang bersempadan dengan Singapura.

 

 

 

Agensi berita itu memetik seorang pegawai Indonesia sebagai berkata kapal berkenaan akan diserahkan kepada Malaysia tetapi tidak beritahu bila.

 

 

 

Laporan itu memetik sumber sebagai berkata keputusan serah kapal berkenaan dibuat atas permintaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.- 4/8/2018

 

 

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 366  tetamu dalam talian