Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid, api merebak dengan pantas kerana pelapisan dinding yang digunakan bangunan itu bersifat mudah terbakar.

“Kebakaran bermula dari tingkat satu dan hampir keseluruhan bahagian luar bangunan KWSP musnah.

“Tambahan pula lagi dengan faktor angin yang kuat, ia mempercepatkan proses kebakaran tersebut,” ujarnya dalam satu sidang akhbar di perkarangan tempat kejadian.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan tiada mangsa yang cedera atau terkorban dalam kebakaran di Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jalan Gasing, di sini, jam 12 tengah hari tadi.-13/2/2018