21Oktober2017

Hubungan PAS-PKR…Majlis Syura mesyuarat hari ini

Keputusan yang semua orang tunggu hendak tahu mengenai kedudukan hubungan kerjasama politik antara PAS dan PKR dijangka akan ditentukan esok,Khamis.
 
Majlis Syura PAS,yakni badan tertinggi parti itu akan adakan mesyuarat di Kuala Lumpur.
 
Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob memberitahu wartawan selepas satu majlis dekar Kota Bharu Rabu,beliau akan turut hadir pada mesyuarat berkenaan.
 
Mesyuarat dijangka membuat penentuan mengenai usul yang diluluskan pada Muktamar PAS di Kota Sarang Semut dekat Alor Star untuk memutuskan hubungan dengan PKR.
 
"Mesyuarat akan diadakan esok, kita akan bincang dahulu sebelum buat sebarang keputusan," kata Ahmad Yakob.
 
Dalam sistem PAS semua keputusan besar melibatkan parti harus dimuktamadkan oleh Majlis Syura.-10/5/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 911  tetamu dalam talian