15November2018

'Hipokrasi'…'Hipokrasi' bergema di luar mahkamah protes kes Zahid

Pada tahun 1998 ketika kes Datuk Seri Anwar Ibrahim laungan yang bergema ialah ‘Reformasi…sebaliknya kini dalam kes Datuk Seri Dr Zahid Hamidi cogankatanya ‘Hipokrasi.
 
Laungan baru itu bergema dikalangan sekitar 1,000 ahli UMNO dan orangramai yang berkumpul di pekarangan luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur pagi Jumaat ketika Presiden UMNO itu didakwa dengan 45 pertuduhan.
 
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam yang mengetuai himpunan itu umum ‘ Hipokrasi’ ialah cogankata yang akan digunakan mulai sekarang.
 
Cogankata itu diperkenalkan oleh anak Zahid,Datuk Nurul Hidayah semasa berucap di depan ibupejabat SPRM di Putrajaya Khamis malam.
 
Katanya ia sebagai memprotes sikap hipokrasi kerajaan Pakatan Harapan yang kini memerintah.
 
 
Beliau juga mempersoalkan semangat ‘Reformasi’dulu yang konon hendak menuntut keadilan dari kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad tetepi  kini padam dalam isu bapanya.
 
Sementara itu suasana di luar perkarangan mahkamah gamat dengan himpunan protes yang diadakan.

Kebanyakan mereka berpakaian baju warna merah.
 
Ada kalangan mereka membawa spanduk yang protes pendakwaan keatas Zahid.
 
Himpunan solidariti pada Zahid itu adalan lanjutan dari yang diadakan di depan bangunan ibupejabat SPRM Khamis malam selepas beliau ditahan pada sebelah petang.
 
Selain Lokman sebilangan lagi yang berucap di situ menghentam tindak tanduk kerajaan sekarang cuba menekan UMNO dengan pelbagai cara termasuk menerusi pendakwaan terhadap pimpinan.
 
Turut berucap seketika kepada mereka ialah bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen BN Rembau Khairy Jamaluddin.

Ketika  berucap,Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berdiri disebelahnya.
 
 
Sambil menyifatkan  pendakwaan terhadap Presiden UMNO sebagai detik mencabar untuk parti itu beliau mendakwa ia  mungkin sengaja dicetuskan oleh pihak sebelah sana’untuk meruntuhkan semangat dan institusi parti UMNO itu sendiri.
 
Khairy meminta semua penyokong supaya terus beristiqamah dan terus setia bersama parti demi perjuangan agama dan bangsa.
 
Katanya kehadiran beliau adalah untuk membuktikan kesetiaannya pada parti.
 
“Dengar ura-ura ada dalam kalangan ahli Parlimen UMNO tidak setia dan keluar parti..maka ini saya datang ke sini untuk membuktikan kesetiaan saya kepada parti keramat kami.
 
“Saya juga melihat ramai ahli akar umni datang dari jauh untuk memberi sokongan kepada parti untuk bangkit melawan kezaliman dan segala ujian getir,” tegasnya lagi.
 
Sementara itu Nurul Hidayah yang berucap menyuarakkan terima kasih atas sokongan mereka yang berhimpun.- 19/10/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1209  tetamu dalam talian