Hanipa Maidin rebah ketika perhimpunan bulanan JPM
- Terakhir dikemaskini: 09 Julai 2018
- By HELME HANAFI
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin rebah dalam Majlis Perjumpaan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Beliau dilihat rebah atas pentas ketika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan amanat dalam majlis itu.
Ucapan Dr Mahathir sedikit terganggu tapi beliau meneruskannya selepas Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang berada di pentas sama kemudian memberikan pertolongan cemas kepada Mohamed Hanipa.
Mohamed Hanipa kemudian dibawa hospital dengan menaiki ambulan.
Ahli Parlimen Sepang itu pernah diserang strok selepas berdebat di Dewan Rakyat pada 2016. Beliau bagaimanapun pulih selepas rawatan.-9/7/2018