23November2017

Guan Eng puji BN di kongres khas DAP...

Langkah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memuji kerajaan BN atas bantuan yang dihulurkan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang, berkemungkinan mencetus perasaan kurang senang kalangan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN).
 
Berucap dalam Kongres Khas parti sempena Pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), Ahli Parlimen Bagan itu berkata ia berjaya mendekatkan semua sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan kaum, agama atau politik.
 
Pujian itu ditujukan kepada Perdana Menteri dan timbalannya, serta beberapa pemimpin BN lain.
 
“Saya menghargai kerjasama Kerajaan Persekutuan atas tindakan pantasnya terhadap rayuan saya memohon bantuan pada hari yang malang itu pada awal pagi 5 November.
 
“Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Noh Omar atas pertolongan mereka.
 
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Bomba, Polis, RELA dan semua agensi negeri dan Persekutuan, serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan kerana bersungguh-sungguh membantu dengan ikhlas,” katanya di Shah Alam, Ahad.
 
Bagaimanapun dalam pujian tersebut hanya terselit satu sahaja nama pemimpin pembangkang iaitu Azmin dan tidak menyebut nama Ketua Pembangkang atau rakan gabungan PH yang sepatutnya lebih menghulurkan bantuan daripada kerajaan BN yang dikutuk selama ini.
 
Dan jika Ketua Menteri Pulau Pinang itu benar-benar menghargai usaha rakan dalam HARAPAN, macam mana  nama pemimpin kanan pembangkang seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  dan Tun Dr Mahathir Mohamed tercicir.- 12/11/2017 Oleh: NUR ASLINDA NASIR 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 657  tetamu dalam talian