14Disember2018

Guan Eng Menteri Kewangan…Muhyiddin KDN….Mat Sabu Pertahanan

Akhirnya orang Melayu hilang penguasaan selama ini keatas Kementerian Kewangan.Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng diumum Menteri Kewangan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik Menteri Dalam Negeri.
 
Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabtu pula Menteri Pertahanan.
 
Dr Mahathir buat pengumuman dalam sidang akhbar di ibupejabat PPBM di Petaling Jaya Sabtu.
 
Kali terakhir Menteri Kewangan dari kaum Cina ialah Presiden MCA Tan Siew Sin semasa pentabiran Allahyarham Tunku Abdul Rahman..

Mengenai baki tujuh menteri lagi,Dr Mahathir kata ia akan diumum pada minggu hadapan bagi melihat kesesuaian dan kelayakan.

Dr Mahathir sebelum ini umum kerajaan Pakatan hendak umum lantikan di 10 kementerian utama dulu.
 
Katanya beliau telah meminta setiap parti mencadangkan tiga nama kepadanya untuk diberi pertimbangan untuk jawatan menteri-menteri dalam Kabinet.
 
“Kita tidak mahu barisan Kabinet yang terdiri daripada satu bangsa sahaja selain mempunyai wakil daripada keempat-empat parti gabungan,” katanya.
 
Beliau juga umum pembentukan Majlis Penasihat yang terdiri dari bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin,bekas Gabenor Bank Negara tan Sri Zeti Akhtar Aziz,bekas Presiden Petronas tan Sri Hasan Merican,tokoh korporat Robert Kuok dan aktivis ekonomi Dr Jomo Sundram.-BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 875  tetamu dalam talian