10Disember2018

GST bakal berundur…nanti timbul balik SST

Tolong jangan sorak lebih-lebih sangat.Pengumuman kerajaan Pakatan Harapan pada Rabu semalam bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar mulai 1 Jun 2018 tidak ada noktah di situ.
 
Jangan ingat boleh hidup free tak bayar cukai.

Tidak perlu bayar GST akan muncul semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

SST dianggap sebagai sistem cukai yang lapuk dan sudah kurang digunakan di serata dunia.

Sebanyak 160 negara kini mengunakan cukai GST.
 
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan Khamis memberitahu program pembaharuan fiskal kerajaan sedang dalam pelaksanaan.
 
Katanya pengurangan hasil daripada GST yang berkadar sifar mulai 1 Jun 2018 akan ditampung oleh langkah khusus hasil dan perbelanjaan yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
 
SST akan diperkenalkan semula, katanya.
 
"Pengurangan perbelanjaan akan dimulakan dengan langkah rasionalisasi dan efisiensi serta mengurangkan ketirisan. Selain itu harga minyak mentah dunia telah meningkat ketara berbanding anggaran Bajet 2018 iaitu US$52 setong. Ini akan menyediakan ruang fiskal dalam tempoh terdekat.
 
"Tanggungjawab fiskal, ketelusan dan tadbir urus akan diberi keutamaan dalam pelaksanaan program pembaharuan fiskal," menurut kementerian tersebut.- 17/5/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 315  tetamu dalam talian