20Mei2018

Gelaran ‘Datuk’ Husam dan Wan Abd Rahim ditarik balik Sultan Muhammad V

Dua orang kuat Parti Amanah Negara (PAN) Husam Musa dan Wan Abd. Rahim Wan Abdullah kini sudah tidak berlegar ‘Datuk’ lagi.

Husam ialah Naib Presiden PAN manakala Wan Abd Rahim Pengerusi PAN Kelantan.

Sultan Kelantan yang kini yang Dipertuan Agong ,Sultan Muhammad V telah menarik darjah kebesaran yang dikurnia pada mereka.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat telah menghantar surat memaklumkan perkara tersebut petang semalam,Selasa.

Husam dan Wan Abd Rahim dalam kenyataan bersama memberitahu mereka berdua mengembalikan ketandaan darjah kebesaran dan surat pelantikan yang berkaitan kepada Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir pada pukul 10 pagi ini,Rabu.- 7/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 715  tetamu dalam talian