25September2017

Forex: Bank Negara rugi RM32.074 bilion - Zeti Aziz

RM32.074 bilion... itulah jumlah kerugian yang dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urus niaga mata wang asing sepanjang 1988 hingga 1994, dedah Bekas Gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Abdul Aziz.

Zeti Aziz berkata demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan urus niaga bank pusat itu pagi Rabu.

Menurutnya  maklumat itu dipaparkan dalam Jadual 6 laporan bertajuk Pengolahan Akaun Terhadap Kerugian Akibat Pengurusan Rizab Aktif 1988-1994 bertarikh 18 April 2007.

Beliau turut mengesahkan jumlah itu mengambil kira keuntungan sebanyak RM2.473 bilion pada 1990.
 
Beliau yang dipanggil sebagai saksi ke-16, tiba di Istana Kehakiman pada jam 8.30 pagi.
 
Beliau merupakan Gabenor Bank Negara pada Mei 2000 hingga Mei 2016.
 
Turut hadir memberi keterangan pada pagi ini adalah bekas Peguam Negara, Tan Sri Ainum Mohamad Saaid selaku saksi ke-15.

Sementara itu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang dikatakan peneraju utama dalam urusan niaga forex Bank Negara waktu itu dalam keterangannya antara lain dakwa tidak pernah memaklumkan serta berbincang dengan Perdana Menteri serta menteri kewangan ketika itu mengenainya. 
 
Perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad manakala dua menteri kewangan sewaktu urus niaga forex berlaku ialahu Tun Daim Zainuddin (1984-1991) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (1991-1998).
“Saya tidak pernah pada bila-bila masa pada 1986 hingga 1993 berbincang dengan menteri kewangan mengenai urus niaga forex yang dijalankan BNM,” katanya yang merupakan penolong Gabenor dan penasihat kewangan BNM waktu itu. 

Pada 15 Februari lalu Pasukan Petugas Khas (PPK) ditubuhkan dan dipengerusikan bekas ketua setiausaha kerajaan Tan Sri Sidek Hassan, bertujuan menyiasat kerugian yang dialami bank pusat itu antara 1991 dan 1993.
 
Turut menganggotai ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad; Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Yusof Ismail yang juga setiausaha suruhanjaya siasatan itu.
 
Awal Februari lalu, bekas penolong gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid mendedahkan bank pusat itu mengalami kerugian AS$10 bilion (RM44 bilion) dalam urus niaga perdagangan mata wang pada awal 90-an.
 
Bagaimanapun nilai kerugian itu masih dipertikaikan.-6/9/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 479  tetamu dalam talian