25September2017

Flotila ke Myanmar berlabuh di Yangon...serah bantuan Rohingya

Setelah menempuh pelayaran selama tujuh hari dari Pelabuhan Kelang,akhirnya kapal Nautical Aliya yang membawa misi Flotila ke Myanmar untuk hantar bantuan kepada etnik Rohingya berlabuh di Pelabuhan Yangon jam 4.30 petang waktu Malaysia.
 
 
Ia berlabuh di di Terminal Antarabangsa Myanmar (MITT)  dimana majlis penyerahan bantuan seberat 500 tan kepada pihak berkuasa diadakan.
 
Penyerahan bantuan oleh ketua misi Datuk Seri Azeez Rahim kepada Menteri Kebajikan Masyarakat Myanmar Dr Win Myat Aye disaksikan oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican.
 
Flotila berkenaan yang membawa 184 sukarelawan dari 12 negara membawa bersama mereka 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan.
 
Sementara itu sebilangan sami Buddha dan aktivis Myanmar telah adakan demonstrasi di kawasan pelabuhan Yangon untuk menyambut ketibaan kapal flotila itu.
 
Mereka membawa spanduk bertulis ' No Rohingya'.
 
Salah seorang dari mereka dipetik sebagai berkata mereka nak tunjuk kepada misi flotila itu bahawa orang etnik Rohingya tidak wujud di Myanmar.

 
Selepas pelabuhan Yangon,kapal flotila itu akan meneruskan pelayaran selama tiga hari menuju ke pelabuhan Chittagong di Bangladesh.

Ini ekoran kerajaan Bangladesh tidak benarkan kapal itu berlabuh di Teknaf atas alasan keselamatan dan kapal itu terlalu besar.
 
Di Chittagong baki bantuan akan diturunkan untuk dihantar kepada orang pelarian Rohinga yang berada di kem pelarian di negara itu.- 9/2/2017 - DARI MOHAMED HIEKAL DI PELABUHAN YANGON
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 918  tetamu dalam talian