25Mei2017

Exco Johor Datuk Latif Bandi didakwa atas 33 tuduhan rasuah RM30 juta

Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Abdul Latif Bandi didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bharu pagi Rabu dengan 33 pertubuhan rasuah yang melibatkan jumlah RM30 juta.
 
Turut didakwa bersama beliau dengan jumlah pertubuhan sama ialah 'orang tengah', Amir Sharifuddin Abdul Raub.
 
Kedua mereka mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.

Latif kini sedang bercuti dari jawatan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor ekoran siasatan SPRM mengenai kes penyelewengan berhubungan pertukaran status hartanah.

Latiff dituduh bersubahat dengan Amir Shariffuddin di Maybank Islamic Bhd di Larkin Perdana di Johor Bharu antara 13 November 2013 hingga 19 Oktober tahun lalu. 
 
Amir Shariffuddin pula menghadapi tuduhan menerima rasuah pada tarikh dan tempat yang sama. 
 
Latif dan Amir Sharifuddin boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan jika sabit kesalahan.
 
Mahkamah membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM2 juta seorang dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan.

Hakim menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan semula kes.- 19/4/2017 
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1221  tetamu dalam talian