24Mac2017

Exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi ditahan SPRM kes skandal hartanah

Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Abdul Latif Bandi yang kini sedang bercuti dari jawatan ditahan SPRM 11 pagi Khamis dalam kes skandal hartanah yang melibatkan anak dan pegawainya.
 
Beliau merupakan Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini memohon cuti itu hingga siasatan kes berkenaan selesai dan ia telah diluluskan.
 
Penahanan beliau disahkan oleh Ketua Persuruhjaya SPRM datuk Dzulkifli Ahmad semasa beliau sedang buat lawatan ke pejabat akhbar The Star di Kuala Lumpur.

Beliau ditahan semasa dipanggil ke pejabat SPRM Johor Bharu untuk beri keterangan.
 
Pada 24 Feb lepas, SPRM menahan enam individu iaitu anak dan seorang pegawai khas kepada seorang exco kerajaan negeri, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dengan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.
 
Pada 28 Feb pula, SPRM turut menahan seorang lagi kontraktor lelaki dipercayai suspek ketujuh dalam kes berkenaan.
 
Mahkamah Majistret Johor Bahru kemudian melanjutkan perintah reman selama tujuh hari bermula Jumaat lepas hingga 9 Mac ini terhadap empat daripada enam lelaki itu manakala dua daripada mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM.
 
Pagi Khamis empat individu termasuk anak dan pegawai khas EXCO berkenaan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas ditahan selama 14 hari berhubung siasatan skandal rasuah hartanah Johor.
 
Kes itu dikatakan melibatkan penukaran status hartanah dari bumiputra kepada bukan bumiputra.
 
SPRM telah merampas sebilangan kereta mewah dan membekukan akaun bank  mereka yang berkenaan.- 9/3/2017
 
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 763  tetamu dalam talian