19Ogos2017

Exco Johor Datuk Abd Latif Bandi dibebaskan dari tahanan reman…

Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Abd. Latif Bandi yang kena tahanan reman selama tujuh hari mulai 10 Mac lalu untuk bantu siasatan kes skandal hartanah dibebaskan pagi Khamis.
 
Beliau dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM200,000.
 
Abd ditahan SPRM pada 9 Mac dalam kes yang asalnya melibatkan seorang anak dan seorang pegawainya yang juga telah ditahan reman dan dibebaskan.
 
ADUN kawasan Endau itu dibawa ke mahkamah di Johor Bharu  pada 9.10 pagi dan dilihat keluar dari bilik pendaftar mahkamah 15 minit kemudian.
 
Dalam kes berkenaan pihak SPRM telah merampas sebilangan kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi serta beg tangan pelbagai jenama.
 
Abd Latif kini sedang bercuti dari jawatan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan sehingga siasatan kes berkenaan beres.- 16/3/2017
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 816  tetamu dalam talian