16Oktober2018

Dr Mahathir nak kempen Port Dickson untuk nafi gaduh dengan Anwar ...

Penduduk Port Dickson akan menyaksikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri turun padang berkempen dalam pilihanraya kecil (PRK) di situ yang sedang rancak sekarang.
 
Ikut amalan biasa seorang Perdana Menteri tidak turun semasa kempen PRK.
 
Namun gara gara pelbagai spekulasi dan cakap cakap mengenai hubungan dengan Presiden PKR yang juga calon Datuk Seri Anwar Ibrahim…Dr Mahathir kata beliau memutuskan untuk turun.
 
Beliau beritahu demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan di Kuala Lumpur Jumaat.
 
Kata Dr Mahathir antara cakap cakap itu beliau bergaduh dengan Anwar dan atas sebab itu tidak sokongnya.
 
Katanya beliau akan ke Port Dickson pada 8 Oktober ini.
 
PRK Port Dickson ialah pada 13 Oktober.
 
Kali terakhir Dr Mahathir turun kempen pada PRK ialah di Bukit Gantang pada 2009 untuk bantu calon BN.
 
Sementara itu Dr Mahathir kata kedudukan kewangan Pakatan Harapan kini berkurangan ditahap kritikal.
 
Katanya gabungan itu perlu cari cara untuk atasi segera masalah ini.- 5/10/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 437  tetamu dalam talian