Dr Mahathir dirawat di IJN…
- Terakhir dikemaskini: 10 Februari 2018
- By WARTAWAN AGENDADAILY
Tun Dr Mahathir Mohamed dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Jumaat malam untuk mendapat rawatan kerana jangkitan paru-paru berikutan batuk.
Kenyataan akhbar IJN pada Sabtu memaklumkan bekas Perdana Menteri itu akan berada di dalam wad selama beberapa hari untuk tujuan rawatan dan pemerhatian.
Hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat.- 10/2/2018
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.