10Disember2018

Dr Hasnita dilantik Pengerusi MARA…

Dr Hasnita Hashim yang kini salah seorang ahli lembaga pengarah Maybank dilantik sebagai Pengerusi MARA.
 
Lantikan itu diumum oleh Pejabat Perdana Menteri Rabu.
 
Dr Hasnita seorang aktuari ialah lulusan bidang nuclear physics dari Universiti Oxford.
 
Serentak dengan itu seramai enam ahli lembaga pengarah MARA turut dilantik.
 
Mereka terdiri dari Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin,bekas CEO Proton Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff,Rektor UIA Dzulkifli Abdul Razak ,Pengerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom),Dr Nungsari Ahmad Radhi, CEO Allianz Malaysia Bhd,Zakri Khir dan Pengerusi Maybank Life Assurance Bhd,Syed Tamim Ansari Syed Mohamed.

Lantikan semua mereka berkuatkuasa 1 Oktober.- 26/9/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 373  tetamu dalam talian