25Mei2017

Dilema Ustaz Kazim…ada hampir 100 akaun media sosial guna namanya

Ini kes memang unik.Yang hadapi dilemma itu tidak lain tidak bukan ialah penceramah bebas terkemuka, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias.
 
Apa tidaknya kini ada hampir 100 akaun media sosial yang guna namanya.
 
Keadaan itu sudah tentu mencetuskan pelbagai kemungkinan terhadap diri dan imej beliau.
 
Beliau memberitahu sidang akhbar di Ipoh Jumaat terdapat pelbagai media sosial termasuk Facebook, Instagram dan Twitter yang menggunakan nama beliau sehingga mendapat ratusan ribu pengikut.
 
Beliau bimbang dan meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan hampir 100 akaun media sosial yang menggunakan namanya.
 
Katanya antara laman Facebook yang menggunakan nama beliau ialah 'Koleksi Kata-Kata Ustaz Kazim' dengan 900,000 pengikut, 'Ustaz Kazim Fan Club' (115,000 pengikut) dan 'Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim' (274,000 pengikut).
 
"Saya hanya mempunyai satu sahaja akaun Facebook iaitu Dato' Ustaz Kazim Elias yang mempunyai 1.2 juta pengikut dan yang lain-lain itu bukan akaun media sosial saya.
 
"Saya melihat dalam media sosial ada yang mencecah 'like' sehingga 700,000 sedangkan saya tidak mempunyai akaun tersebut," katanya.
 
Menurut Ustaz Kazim, beliau telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara itu Selasa lepas.
 
"Laporan bertujuan memberitahu kepada masyarakat saya tidak ada akaun media sosial yang banyak dan bagi membolehkan tindakan dapat diambil kepada mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama saya," katanya.
 
Ustaz Kazim turut melahirkan kebimbangan kerana terdapat 'posting' yang dibuat di media sosial palsu atas namanya menyentuh isu keselamatan negara sehingga boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.
 
Tambahnya terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambar dan alamat Pusat Pendidikan Al Barakah miliknya untuk memohon pelbagai bantuan.-10/3/2017




loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1196  tetamu dalam talian