16Disember2017

Dewan Rakyat lulus Bajet 2018

Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 (Bajet 2018).

Kelulusan tersebut diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee pada pukul 8.45 malam tadi selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Rang Undang-undang itu diluluskan secara sebulat suara oleh ahli-ahli Parlimen.

Ia diluluskan selepas 24 kementerian selesai menggulung semua isu yang dibangkitkan oleh para Senator sepanjang sesi perbahasan yang berlangsung selama 18 hari di peringkat dasar dan jawatankuasa sejak 30 Oktober lalu.

Pada 27 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat yang mencadangkan peruntukan RM280.25 bilion berbanding RM260.08 dalam Bajet 2017.-29/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1098  tetamu dalam talian