22Jun2018

Demo Pemuda UMNO depan Kedutaan Amerika lepas solat Jumaat

Satu demontrasi aman akan dilakukan oleh Pemuda UMNI di depan kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara, selepas solat Jumaat, sebentar nanti.

Menurut jemputan media yang diterima Agendadaily, demontrasi itu dibuat ketika mengiringgi Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang menghantar nota bantahan berkaitan isu terbaru Baitulmaqdis.

Ia bagi membantah tindakan dan pendirian Presiden AS, Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang mengundang bantahan seluruh dunia.

Khairy akan mengetuai himpunan terbabit yang dijangka dihadiri ahli sayap UMNO itu serta badan bukan kerajaan (NGO).

"Sebelum ini biasanya Naib Ketua Pemuda UMNO akan mengetuai bantahan, namun kali ini saya sendiri turun," katanya.

Dalam pertemuannya dengan pemimpin HAMAS sebelumnya, Khairy menyuarakan Pemuda senada dan menyokong kuat apa disuarakan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, berhubung tindakan Trump itu.

Katanya, tindakan itu memberi implikasi yang besar dan mencetus sentimen membimbangkan dalam kalangan masyarakat dunia terutama orang Islam.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), mahu pelajar yang bernaung di bawah Kelab UMNO Luar Negara membantu parti melawan dakyah dan fitnah di media sosial.

Beliau berkata, walaupun kebanyakan mereka berada di luar negara terutama ketika musim kempen dan hari pengundian, khidmat golongan terbabit masih diperlukan terutama dalam konteks menangkis fitnah di media sosial.-8/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 534  tetamu dalam talian