21November2017

DAP perlukan MB yang patuh kehendaknya... - PAS

Jika kita ingat balik sebelum PRU13, Menteri Besar Kelantan ketika itu Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak menamakan Exco paling kanan Datuk Husam Musa sebagai Timbalan MM sebaliknya menamakan orang yang lebih low profile Datuk Ahmad Yaakob sebagai calon penggantinya.

Dalam kata lain, Nik Aziz sendiri tidak memilih Husam untuk menggantikan beliau.

Dan pengumuman terbaru Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa parti itu menyokong Husam sebagai calon MB Kelantan menarik perhatian ramai.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, bagi menjatuhkan PAS di Kelantan, DAP memerlukan seorang Menteri Besar yang patuh kepada kehendaknya.

Justeru, jelas beliau, mereka bukan hanya perlukan individu yang ‘diredhai’ oleh DAP, malah dana untuk menjayakannya.

“Politik mereka kini bertunjangkan dendam kesumat. Asal PAS jatuh di Kelantan maka siapa pun menang tidak mengapa.

“DAP nak perintah Kelantan tidak boleh, akhirnya mereka atur orang yang boleh dikuasai untuk memimpin Kelantan,” katanya dalam status di laman Facebook beliau semalam.

Kit Siang menyokong Husam sebagai calon Menteri Besar Kelantan jika tampuk pemerintahan negeri tersebut berubah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurutnya pemilihan Husam dibuat bagi membawa perubahan besar kepada Kelantan yang selama ini diperintah oleh kepemimpinan PAS.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, rakyat Kelantan berhak menentukan siapa Menteri Besar yang akan memimpin negeri itu.

“Apakah mereka mahu Menteri Besar yang patuh DAP atau Menteri Besar yang mempunyai karisma tinggi bagi meneruskan legasi kepemimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.-2/7/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 581  tetamu dalam talian