23Oktober2017

DAP 'kebudak-budakan' larang PAS bantah pesta arak di Selangor

Tindakan pemimpin DAP Selangor yang meminta PAS supaya tidak menjadi 'hero' kepada umat Islam di negara ini yang membantah penganjuran pesta arak di Selangor disifatkan sebagai satu tindakan politik 'kebudak-budakan'.
 
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata kenyataan pemimpin DAP itu yang turut menggesa PAS memberi perhatian kepada negeri Kelantan dan tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri lain juga satu kenyataan dangkal dan tidak bertanggungjawab.
 
"Jadi bila mahu diadakan pesta arak, ia adalah satu langkah mempromosi arak secara terbuka kepada semua (termasuk umat Islam di negara ini) maka ia tindakan yang seolah-olah mempersenda dan mencabar sensitiviti umat Islam
 
"Mana boleh kita satu parti terhad untuk berpolitik di satu negeri, Selangor jaga Selangor, Pahang jaga Pahang. PAS bukan hanya di Kelantan, kita jaga kepentingan umat Islam seluruh Malaysia," katanya kepada pemberita pada perhimpunan praFASTAQIM 2.0 di Pantai Tok Jembal, di Kuala Nerus Jumaat malam.
 
Turut hadir Naib Presiden PAS Idris Ahmad.
 
Semalam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengingatkan PAS supaya tidak mencampuri urusan penganjuran pesta arak di negeri itu.
 
Terdahulu, Nasruddin dalam ucapannya menyeru umat Islam di negara ini bersatu tanpa mengira latar belakang ideologi politik bagi meningkatkan gelombang kebangkitan umat Islam yang maruahnya kini semakin dicabar dan dipersenda pihak-pihak tertentu.
 
"Dari segi politik, ekonomi dan juga iklim sosial ummah, di mana letaknya umat Islam. Mutakhir ini umat Islam bukan sahaja hilang dalam aspek ekonomi tetapi nyata ketinggalan dalam aspek penguasaan politik. Sebab itulah suara yang persenda, tentang dan permainkan agama Islam berleluasa, dan mereka makin berani," katanya.
 
Katanya, ada pihak semakin berani mempromosikan gaya hidup LGBT secara terbuka dan menuntut menjadi sebahagian daripada hak yang dibenarkan oleh undang-undang serta desakan agar pesta arak besar-besaran dibenarkan.
 
Justeru, FASTAQIM 2.0 diadakan bagi mengembalikan semula kedudukan umat Islam di tempat sewajarnya pada ketika mutakhir ini seakan ada gerakan terancang pelbagai pihak untuk terus menjatuhkan martabat umat Islam.
 
Perhimpunan dua hari bermula semalam itu menyasarkan kehadiran 200,000 anggota dan penyokong PAS di seluruh Malaysia dan yang kedua diadakan selepas Kota Bharu, Kelantan, dua tahun lalu.-30/9/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 852  tetamu dalam talian