20Julai2017

Dah jangka... Pakatan terima PPBM jadi komponen

Solekan politik... tak ada yang baru dengan pengumuman yang dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin yang mereka terima kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai komponen baru.

"Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada PPBM untuk memaklumkan perkara tersebut," menurut kenyataan bersama pemimpin tertinggi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAN Mohamad Sabu.

Sementara itu, Pakatan Harapan juga bersetuju untuk mendaftarkan gabungan itu secara rasmi.

"Mesyuarat bersetuju berbincang segera dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baru," kata mereka.

Pengerusi PPBM Tun Mahathir Mohamad sebelum ini mencadangkan nama dan logo baru untuk gabungan terbesar pembangkang itu bagi memudahkan mereka berdepan BN dalam pilihan raya.-20/3/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1255  tetamu dalam talian