18Oktober2018

Cawangan UMNO seluruh negara mula bersidang 19 Mei ini…

Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan dan Pergerakan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO bermula Sabtu, 19 Mei 2018 sehingga Ahad, 10 Jun 2018 sementara di peringkat bahagian pada Sabtu, 30 Jun 2018.
 
UMNO-Online melaporkan cawangan-cawangan boleh mengadakan persidangan tahunannya bila-bila masa antara tarikh berkenaan bersesuaian dengan Fasal 8.2 (Peraturan persidangan) iaitu cawangan-cawangan yang telah berdaftar pada atau sebelum 31 Disember 2017 serta telah memperolehi Sijil Pendaftaran Cawangannya sahaja yang layak mengadakan Persidangan Tahunan untuk 2018.
 
Persidangan ini dilaksanakan secara serentak dengan pemilihan parti sebagaimana makluman pekeliling yang diedarkan kepada semua 191 Bahagian UMNO termasuklah pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. – 17/6/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 327  tetamu dalam talian