18Julai2018

Bohong…kata Hishamuddin jawab dakwaan Rafidah

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menegaskan dakwaan Tan Sri Rafidah Aziz berkaitan isu tanah Kementerian Pertahanan termasuk konon ia dimiliki oleh sebuah syarikat dimiliki oleh tiga individu adalah tidak benar dan bohong.
 
Beliau menyifatkan bekas menteri kabinet itu sangat tidak bertanggungjawab membuat dakwaan tidak berasas.
 
Rafidah yang juga merupakan bekas Ketua Wanita UMNO membuat dakwaan itu menerusi laman facebooknya semalam Ahad.
 
Beliau mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Pertahanan pada 2008 telah mengesyorkan penswastaan lebih 40,000 hektar tanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara kepada sebuah syarikat milik tiga individu. 
 
Bercakap dalam sidang akhbar selepas Program Jelajah Perkasa Perwira di Kem 1 Divisyen Muara Tuang di Kuching Isnin Hishamuddin kata beliau sudah dengar mengenai dakwaan itu ada ada setengahnya salah maklumat dan setengahnya pembohongan.
 
Katanya tuduhan bahawa syarikat milik tiga individu miliki setiap inci tanah Kementerian Pertahanan adalah pembohongan nyata.
 
Mengenai dakwaan Rafidah bahawa syarikat inimembuat semua keputusan mengenai tanah Kementerian Pertahanan juga adalah bohong.
 
Menurutnya  tuduhan bahawa projek pertanian komersial berskala besar melibatkan tanah yang dimiliki oleh syarikat 3 individu ini juga bohong. 
 
Kata menteri itu ini hanyalah perbincangan antara beliau dengan Menteri Pertanian Datuk Seri  Shabery Cheek dua  tahun lepas mengenai ‘food security’.
 
Hishamuddin kata beliau tidak tahu apa objektif Rafidah buat dakwaan itu (mengenai tiga isu itu) dan tindak tanduknya sangat tidak bertanggongjawab sebagai bekas anggota kabinet.
 
Katanya beliau akan minta Kementerian Pertahanan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera jawab semua hal ini.
 
“Saya akan minta minit mesyuarat kabinet untuk melihat berkaitan dengan dakwaan ini.We will get to the bottom of this,”katanya.- 9/4/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 576  tetamu dalam talian