16Disember2017

BN belum fikir lagi siapa calon MB jika menang Selangor...

Siapakah calon Menteri Besar Selangor dari BN jika berjaya tawan balik negeri itu pada pilihanraya umum ke 14 nanti?
 
Hal ini juga sering menjadi tandatanya.
 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi pada Sabtu menjawab persoalan itu.
 
Pada sidang akhbar selepas merasmikan konsyen UMNO Selangor di PWTC beliau memberitahu BN Selangor tidak akan namakan sesiapa sebagai calon jawatan itu sehinggalah memenangi negeri pada PRU14.
 
Katanya persoalan berkenaan akan ditangani bila tiba waktunya nanti.
 
"Kita belum fikir hal itu lagi,"katanya.
 
Menurut beliau Tan Sri Noh Omar telah menyatakan beliau tidak berhajat untuk jadi Menteri Besar.
 
Noh yang kini Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor ialah Ahli Parlimen kawasan Tanjong Karang.
 
Zahid mengajak jentera BN berkerja keras untuk menjadikan usaha menawan Selangor satu realiti.- 2/11/2017
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1091  tetamu dalam talian