26April2018

Berita palsu pasal TMJ…kes pertama polis siasat bawah Akta Antiberita tidak benar 2018

Kesan penyebaran berita palsu sudah terbentang di depan mata.Ini gara-gara ada pihak yang gatal tangan pada Khamis semalam sebar kononya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim nak belanja pengunjung beberapa pasaraya.

Orangramai yang tidak usul periksa kerana sangka baginda hendak ulang belanja seperti di Aeon Tebrau City di Johor Bharu pada Rabu terus percaya.

Maka ramai yang berhimpun antaranya di Pasaraya Econsave di Pontian dan pasaraya di Kluang.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata Jumaat polis akan siasat kes penyebaran berita palsu itu dibawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Dibawah akta baru itu mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda hingga maksimum RM500,000 atau maksimun enam tahun penjara atau keduanya sekali.

Ini adalah kes pertama siasatan dibawah akta berkenaan yang digazet untuk kuatkuaa pada Rabu lalu.

Mohd Khalil memberitahu polis mula dimaklumkan ramai orang berkumpul di sebuah pasaraya di Kluang.

Manakala di Pontian orangramai berkumpul sekitar Pasaraya Econsave di situ ekoran tersebarnya mesej mendawka Tunku Mahkota Johor hendak belanja RM200 kepada setiap pengunjung.

Pada petang Rabu baginda membuat kejutan di Aeon Tebrau City umum belanja setiap pengunjung RM3,000 pengunjung waktu itu.

Ketua Polis Johor itu menasihatkan orangramai jangan cepat percaya berita palsu yang disebar.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Parit Buntar Jumaat memberitahu ekoran penguatkuasaan akta itu PDRM telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pegawai-pegawai siasatan di bawah dua jabatan iaitu Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Katanya PDRM juga akan melatih pegawai-pegawai serta melantik ketua di setiap negeri.

“Kalau perlu, mungkin kita akan tambah divisyen atau subseksyen lain untuk menangani khusus di peringkat Bukit Aman, kontinjen dan formasi.

“Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi berkaitan. Kita tidak bercakap politik, kita profesional. Apabila undang-undang ini sudah dilaksanakan, tugas kami adalah menjalankan siasatan,” katanya.-13/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 903  tetamu dalam talian