18Julai2018

Beres...Kerajaan umum hari mengundi 9 Mei cuti

Nampak gaya habislah modal puak tentu nak memekak lagi.Pejabat Perdana Menteri umum hari mengundi untuk pilihanraya umum ke 14 pada 9 Mei sebagai hari kelepasan tambahan seluruh negara.

Oleh kerana itu tidak lagi timbul dakyah masalah nak pergi mengundi dan ambil cuti sebagainya.

Ekoran pengumuman SPR mengenai tarikh hari mengundi 9 Mei puak-puak tertentu sudahawal-awal  ‘angkat senjata ‘ tembak sana sini dengan peluru kapor.

Sedangkan zaman Tun Dr Mahathir sendiri dua kali pilihanraya umum dibuat pada hari bekerja.

Lagipun difahamkan memang kerajaan nak umum hari berkenaan sebagai hari kelepasan.

Namun biasanya puak-puak itu terkinja-kinja nak jadikan modal hari mengundi sebagai modal politik mereka.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, cuti tambahan itu diberi bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan pengumuman SPR mengenai tarikh hari mengundi PRU14 itu merupakan hari bekerja.

"Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan," katanya.

Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan itu.- 11/4/2018

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 542  tetamu dalam talian