25September2018

Belang Bersih makin terserlah…Maria Chin akan bertanding PRU14

Dulunya bila ada dakwaan bahawa Bersih adalah cuma badan ‘wayang kulit’ pembangkang untuk memekak dari masa ke semasa.

Namun kalangan aktivisnya terus menerus bertegas mereka badan bebas memperjuangkan pilihanraya yang yang adil dan telus.

Kebelakangan ini pula badan yang menjelang PRU13 dulu sering anjur perhimpunan nampak lesu dan tidak bermaya.

Belang Bersih semakin terserlah bila berlegar khabar bosnya Maria Chin Abdullah akan bertanding pada PRU14.

Nyata ia bukan setakat khabar angin.

Maria dijadual adakan sidang akhbar Selasa untuk umum keputuan secara rasmi dan parti mana beliau akan wakili.

Undangan untuk wartawan hadir sidang akhbar itu sudahpun diedarkan.

Maria dilapor mengesahkan akan letak jawatan sebagai bos Bersih ‘untuk hadapi cabaran baru dalam arina politik’.

Ramalan kuat mengatakan beliau akan sertai PKR.

Sebelum Maria mengetuai Bersih,badan itu dipelopori oleh Datuk Ambiga Sreenevasan.

Bersih dibentuk pada 23 Noivember 2006.- 5/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 377  tetamu dalam talian