23November2017

Banjir teruk P.Pinang... Guan Eng meratap minta TPM bantu

Lim Guan Eng hampir menangis ketika menceritakan kepada wartawan bagaimana beliau menelefon Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk meminta Pulau Pinang diselamatkan.

Ramai yang masih ingat betapa angkuhnya Guan Eng ketika banjir melanda Kelantan Disember 2015, perli kerajaan PAS semasa Kelantan meminta bantuan pusat.

Sebagai kerajaan persekutuan, baik permintaan Kelantan mahupun Pulau Pinang dilayan sama rata. Soal menyelamatkan nyawa an pengurusan bencana melebihi keyakinan politik.

Sebab itu, pukul 3.30 pagi pun Guan Eng telefon, Zahid angkat dan berjanji akan membantu sebaik mungkin.

Awal pagi ini, semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerah membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Zahid berkata bantuan segera dihulurkan berikutan banjir yang semakin meruncing di negeri itu sejak malam tadi.
 
Menurut Zahid, Guan Eng, mengejutkannya awal pagi tadi merayu bantuan agensi menangani mangsa banjir di negeri itu.
 
Ahmad Zahid berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Guan Eng jam 3.34 pagi tadi berikutan keadaan banjir yang kian meruncing.
 
"Semua pasukan bantuan itu termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dikerah sejak jam 8.30 pagi tadi," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada media selepas pelancaran program Ekspresi Negaraku di Dataran Perayaan, Jalan Stadium di Kuching, pagi ini.

Sementara itu, keadaan semasa di Pulau Pinang membimbangkan.

Pulau Pinang hari ini lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak semalam.
 
Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi ini juga menyebabkan ratusan pokok dan beberapa kawasan dilanda tanah runtuh.
 
Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2m hingga 1m berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung kejadian air pasang di laut mengakibatkan limpahan air berlaku dengan pantas.


 
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, seramai 1,968 mangsa banjir kini ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir yang dibuka di 4 daerah.
 
Beliau berkata, seramai 1,125 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Seberang Perai Tengah, 615 mangsa di Seberang Perai Utara (SPU), 70 mangsa di daerah Timur Laut dan 158 mangsa di pusat pemindahan banjir di daerah Barat Daya.
 
Guan Eng berkata, kejadian angin kencang yang melanda negeri ini awal pagi ini adalah sesuatu yang tidak dijangka.
 
Seberang jaya adalah kawasan paling teruk terjejas dengan beberapa bahagian Hospital Seberang Jaya (HSJ) dinaiki air, namun keadaan masih terkawal dan tiada pesakit dipindahkan.
 
Seramai 21 mangsa banjir daripada 6 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir sementara di Taman Siakap, Seberang Jaya selepas kawasan rumah mereka dinaiki air dengan begitu pantas kira-kira 7 malam.
 
Manakala Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Ramzi Ahmad berkata, hujan lebat dan angin kuat itu turut menyebabkan empat penerbangan yang sepatutnya mendarat di lapangan terbang berkenaan terpaksa dilencongkan.
 
Katanya, tiga penerbangan dilencongkan ke Lapangan Terbang Subang, manakala satu penerbangan lagi dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan semuanya mendarat dengan selamat.
 
“Berikutan cuaca buruk itu, lebih 26 penerbangan yang berlepas dari LTAPP turut mengalami kelewatan, namun operasi di lapangan terbang berjalan lancar. Pada masa ini, semua operasi penerbangan berjalan seperti biasa,” katanya.
 
Sementara itu, Rapid Penang menghentikan sementara operasi perkhidmatan basnya berikutan kejadian banjir kilat di bahagian pulau dan tanah besar.
 
Dalam satu kenyataan hari ini, Rapid Penang berkata, banyak jalan utama dinaiki air dan demi keselamatan orang ramai, mereka tiada pilihan kecuali menghentikan operasi sehingga keadaan kembali pulih.
 
Mereka turut meminta orang ramai merujuk laman Facebook Rapid Penang di rapidpgfans untuk maklumat terkini.-511/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 634  tetamu dalam talian