23November2017

Bajet 2018: Terima kasih PM…dari 100 NGO Islam

Suasana di lobi pejabat Perdana Menteri di Putrajaya tengahari Jumaat meriah dengan kehadiran pimpinan 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang datang untuk ucap terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bagi Bajet 2018 yang beliau telah bentangkan.
 
Ini kerana bagi mereka bajet tersebut dilihat begitu dekat kepada rakyat terutamanya orang Melayu dan Islam.
 
Presiden Gabungan Pelajar Semenanjung, Zambri Mohd Isa mewakili kumpulan NGO tersebut menyerahkan memorandum sebagai tanda sokongan pada bajet itu kepada Najib yang juga Menteri Kewangan pada majlis ringkas sebelum sembahyang Jumaat itu.
 
Bercakap kepada wartawan di situ beliau berkata ,"kita tidak melihat pengumuman bajet itu sebagai satu bajet pilihan raya tetapi merupakan bajet untuk masa depan selaras dengan Transformasi Nasional 2050.”
 
Beliau berkata antara kandungan memorandum tersebut adalah mengenai sokongan terhadap kandungan Bajet 2018 dalam meningkatkan syiar Islam dan usaha mentransformasikan Bumiputera.
 
 
Menurut Zambri  antara lain ialah saluran bantuan yang diteruskan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara), imam dan bilal serta pendekatan tambahan yang diberikan kepada orang Islam.
 
“Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana banyak bantu orang Melayu dan Islam.
 
“Kita berharap orang Melayu dan Islam terus beri sokongan kepada Perdana Menteri dalam membangunkan syiar Islam di negara ini,” katanya. -3/11/2017 – OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 650  tetamu dalam talian