25September2018

Azmin melompat PM ‘tembak’ isu air Selangor kritikal…

Dewan Rakyat pagi Isnin saksi drama bagaimana Datuk Seri Azmin Ali tersangkut dengan jeratnya sendiri bila cuba heret isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika bertanya soalan mengenai hutang negara kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Agak melucukan…apa tidaknya… Menteri Besar Selangor yang cuba menuduh melompat sakan tidak senang duduk sebaliknya Perdana Menteri relaks dan cool saja.

Insiden berlaku hingga kecoh suasana semasa sesi soal jawab.Ini gara-gara Najib menyindir masalah air Selangor lebih kritikal. 

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, isu air di Selangor akan dapat diselesaikan dengan baik jika Kerajaan Persekutuan menguruskannya.

Azmin terus menjadi sensitif dan cuba berkali-kali menyanggah Najib yang hendak beri jawaban beliau dengan tenang pada soalan itu.

Melihat keadaan ini maka kalangan Ahli Parlimen BN lain bangun berteriak meminta beliau duduk bagi membolehkan Perdana Menteri menjawab.

Kecoh berterusan hingga Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Azmin duduk dan mengingatkan beliau mengenai peraturan dewan.

Katanya beliau faham nawaitu politik Azmin bertanya soalan itu dan Perdana Menteri pula berhak dan bebas jawab dari sudut pandangannya.

Dalam soalanya Azmin juga membandingkan kemampuan Malaysia dengan Singapura membayar balik hutang negara dengan mengaitkan isu 1MDB.

Beliau nak tahu kenapa kerajaan memperuntukkan 12.5 peratus daripada pendapatan negara hanya untuk membayar faedah hutang berbanding Singapura yang memperuntukkan enam peratus daripada pendapatannya untuk tujuan sama.

Perdana Menteri menjelaskan kerajaan mempunyai kemampuan untuk menguruskan hutang negara dengan baik dan ia mendapat pengiktirafan kategori A oleh badan-badan penarafan antarabangsa.

Katanya, pada masa ini hutang negara berada pada paras 50.8 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada di paras lebih rendah berbanding paras maksimum 55 peratus yang ditetapkan kerajaan.

"Dari segi hutang negara keseluruhan semakin mengucup. Soalnya bukan saiz hutang tapi kemampuan kita bayar balik. Kalau dibandingkan dengan Singapura, mereka mempunyai hutang lebih besar, tapi ada kemampuan bayar balik.

"Kita juga mempunyai kemampuan untuk bayar balik dan kemampuan kita ini tidak boleh dipersoalkan kerana badan-badan penarafan antarabangsa telah meletakkan malaysia dalam kategori A (dalam kemampuan membayar balik hutang)," katanya.- 12/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 421  tetamu dalam talian