17November2018

Azmin kongsi rasa kecewa keputusan ‘Langkah PD’ tidak dibincang dengan semua pimpinan PKR

Sekalipun tidak ulas panjang ,Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali turut berkongsi rasa kecewa isu pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dikenali sebagai ‘Langkah PD’ hanya dibincang oleh kelompok pimpinan tertentu dalam parti sahaja.
 
"Saya percaya perkara ini boleh kita selesai dalam muafakat parti supaya tidak berlaku, terlepas pandang seperti ini pada masa akan datang," katanya.
 
Beliau menyatakan demikian kepada wartawan selepas sesi perjumpaan dengan anggota dan pemimpin PKR dari Wilayah Utara di Sererang Jaya Khamis malam ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR dan juga Ahli Parlimen Ampang  Zuraida kamaruddin yang persoal hal berkenaan .
 
Azmin berkata pandangan beberapa pemimpin itu adalah pandangan serius dan harus diberi perhatian.
 
Isu pengosongan kerusi Parlimen untuk Anwar bertanding jadi kontroversi kerana perbincangan mengenainya dikuasai oleh team diketuai Rafizi Ramli.
 
Azmin tidak hadir sidang akhbar pengumuman dan mesyuarat Biro Politik PKR membincangkan keputusan itu.Zuraida dan lain lain pimpinan PKR yang rapat dengan Azmin seperti Tian Chua juga tidak hadir.
 
Beliau, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, berkata perkara itu yang kini sudah diputuskan sudah menjadi "akademik" dan tidak perlu dibincang panjang lagi.
 
"Saya rasa tumpuan kita sekarang untuk memastikan kerusi Port Dickson itu kekal di tangan Pakatan Harapan melalui PKR dan saya telah menggesa anggota parti untuk bersatu dan bekerja kuat bagi mengekal kerusi itu," katanya.
 
Dalam pada itu beliau menolak khabar angin kononnya beliau akan keluar parti berkenaan.
 
Azmin berkata, perkara berkenaan sengaja ditimbulkan dan menganggap sebagai tohmahan jahat.
 
Katanya, tidak masuk akal apabila beliau mahu meninggalkan PKR ketika parti itu kini telah mempunyai kuasa dalam Kerajaan Persekutuan.
 
"Macam mana saya hendak beri maklum balas, nama pun khabar angin," katanya.- 14/9/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 505  tetamu dalam talian