25September2017

Azmin dakwa Haji Hadi tak tau apa-apa pasal parti sendiri…

Ini macam drama yang bawa babak-babak yang berberlit.Ingat balik Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sendiri kata PAS sudah muktamad akan bertanding kedua-dua kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada pilihanraya kecil 18 Jun dan tidak berunding dengan mana-mana parti.

Sebaliknya pagi Jumaat Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dakwa beliau ada berunding dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustapha Ali dan Setiausaha Politik Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar mengenai pilihanraya kecil itu.

Pertemuan berlangsung dua kali.

"Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti,”kata Azmin kepada wartawan selepas satu majlis di Sungai Besar.

"Saya bertemu dengan Timbalan Presiden PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), saya bertemu dengan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, saya bertemu dengan setiausaha politik Ustaz Hadi, jadi saya percaya pimpinan tertinggi ini akan melaporkan kepada Presiden," katanya.

Menurut Menteri Besar Selangor itu rundingan masih berjalan untuk memastikan satu lawan satu dengan BN pada pilihanraya kecil itu.

Sementara itu Mustapha menerusi kenyataan ringkas di laman web Harakahdaily meminta ahli PAS terus fokus dalam gerak kerja mereka untuk pilihanraya kecil.

Katanya PAS akan bertanding di kedua-dua kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pengarah Pilihanraya PAS itu kata tidak berbangkit soal Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS letak jawatan atau dipecat.- 20/5/2016


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 407  tetamu dalam talian