15Disember2018

Audit tanah FELDA di Jalan Semarak KL bermula Isnin….

Nampaknya apa cerita pasal isu pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak Kuala Lumpur yang didakwa mencurigakan akan diketahui tidak lama lagi.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad kata audit keatas hal berkenaan akan bermula esok Isnin.

Pada Khamis lalu,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan syarikat audit luar untuk membuat siasatan dalaman berkenaan pindah milik berkenaan.

Shahrir yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Johor Bharu Ahad ulangi FELDA mahu balik tanah itu.

“FELDA tidak akan kompromi,”katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata pihaknya berharap tindakan undang-undang akan diambil sekiranya benar wujud salah laku dalam kes berkenaan.- 7/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 502  tetamu dalam talian