13Disember2018

Armin,suami Ziana Zain didakwa di mahkamah cederakan anak…

Kalau sebelum ini dunia seni heboh pasal majlis pelancaran tudung Neelofa…kini perhatian bertumpu kepada  penyanyi terkenal Ziana Zain.Ini bila pada Selasa suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri didakwa di Mahkamah Majistret di Shah Alam.

Armin yang berusia 53 tahun berdepan tuduhan mencederakan anaknya.

Bekas Pramugara kanan MAS itu didakwa sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam ke atas anak lelakinya dengan menggunakan sebatan rotan di No 7, Jalan Elektron U16/58E Denai alam pada 25 Februari 2018 pukul 4 pagi.

Jika sabit kesalahan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dia berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dari mana-mana dua darinya.

Armin mengaku tidak bersalah dan mendakwa tujuannya merotan anaknya adalah untuk mengajar anaknya mengaji dan solat, namun anaknya tidak faham.

Majistret menetapkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes pada 4 April nanti.

Ziana Zain berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1988. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18 , Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 – 6/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 560  tetamu dalam talian