25September2018

Apa jadi dua tuduhan lagi terhadap Najib…satu pasal tanah tentera yang Rafidah guna nama Allah

Sebelum PRU14, kita dengar tuduhan-tuduhan seperti Melaka Gateway, Forest City dan Taman perindustrian MCKIP di Kuantan di mana ia kini ternyata fitnah terhadap saya.
 
(Baru saya tahu cara penyelesaian isu “jual negara” ialah dengan merendahkan tembok kilang besi sebanyak 1.2 meter (3.9 kaki). Mengapa dulu tak beritahu?)
 
Saya juga inigin bertanya mengenai dua lagi tuduhan yang amat berat yang dibuat terhadap saya sebelum PRU14.
 
Yang pertama ialah tuduhan Tun Dr Mahathir bahawa sebanyak RM160 bilion telah ‘hilang’ dari dana rizab BNM di bawah pentadbiran saya di mana ia disamakan dengan RM31.5 bilion (bersamaan dengan RM100 bilion pada hari ini) yang lesap akibat pertaruhan FOREX ketika beliau menerajui pentadbiran kerajaan pada tahun 90an, dah sudahpun disahkan oleh RCI.
 
(Wang rizab antarabangsa BNM RM160 bilion ini bukan hilang atau di curi tetapi ditukar dari matawang asing kepada Ringgit dalam usaha mempertahankan nilai Ringgit pada waktu itu. Ia tidak sama dengan kehilangan akibat kalah judi opsyen Forex dalam skandal tahun 1990an itu)
 
Kedua ialah tuduhan Tan Sri Rafidah Aziz sebulan sebelum PRU14 di mana bekas menteri ini memulakan kenyataan tuduhannya dengan ayat "Saya bersaksi dengan Allah" dan diakhiri dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” kononnya 40,000 hektar tanah telah diswastakan kepada syarikat milik 3 individu dan mereka kini memiliki ‘setiap inci tanah’ Kementerian Pertahanan atau pihak tentera.
 
Nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan. Ini satu tuduhan palsu yang amat berat yang digunakan untuk menaikkan kemarahan undi tentera sebelum PRU14.
 
Kini, PH telah memegang Putrajaya selama 5 bulan dan boleh merujuk dan membuat siasatan sesuka hati untuk mencari bukti tetapi hingga sekarang, tiada pengumuman ataupun kenyataan pernah dibuat mengenai kedua-dua tuduhan yang amat serius ini.
 
Apa telah jadi dengan dua lagi tuduhan ini?
 
 Datuk Seri Najib Tun Razak
Facebook 6/9/2019
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 432  tetamu dalam talian