16Disember2017

Anak saudara Azmin antara 4 yang direman kes lombong pasir haram

Anak saudara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan tiga yang lain ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan aktiviti perlombongan pasir haram.

Mereka dibawa ke Mahkamah Putrajaya pada jam 9.30 pagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Perintah reman dibenarkan oleh Majistret Ainna Sherina Saipolamin.

Empat yang ditahan adalah dua pengarah syarikat, seorang pengurus tapak dan seorang eksekutif syarikat pengiklanan sedang disiasat di bawah Akta SPRM kerana didakwa merasuah pegawai kerajaan tempatan di Kajang pada 2014.

Menurut laporan Bernama sebelum ini, SPRM turut membekukan RM4 juta dalam akaun bank milik syarikat itu.

Menurut sumber SPRM, mereka yang ditahan petang semalam ialah dua pengarah syarikat melombong pasir bersama seorang pekerja syarikat pengiklanan disyaki bersubahat dalam kegiatan itu.

"Semua mereka ditahan bagi membantu siasatan terhadap perlombongan pasir dan batu secara haram di lokasi di Kajang sejak 2014," katanya.

"Pasukan penyiasat memeriksa beberapa lori disyaki membawa pasir haram dalam satu operasi dilancarkan 10 pagi tadi dan beberapa akaun syarikat terbabit bernilai RM4 juta dibekukan.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Beliau berkata, operasi itu dilancarkan selepas SPRM mendapat maklumat daripada orang ramai berhubung kegiatan mencuri pasir di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.-30/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1097  tetamu dalam talian