20Jun2018

Amerika sahkan Korea Utara guna senjata kimia terlarang di KLIA2

Sah... senjata kimia berbahaya yang diharamkan penggunaannya telah digunakan di lapangan terbang Malaysia.

Amerika Syarikat secara rasmi memaklumkan Korea Utara telah memerintah abang tiri dan pesaing kepada Kim Jong-un dibunuh dengan agen saraf VX.

Kim Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Kuala Lumpur2 pada bulan Februari tahun lalu selepas dua wanita menyapu wajah mangsa dengan senjata kimia itu.

Jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert dalam kenyataannya berkata, Kerajaan Amerika Syarikat telah membuat penentuan pada 22 Februari di bawah Akta Kawalan Senjata Kimia dan Biologi dan Akta Penghapusan Peperangan pada 1991.

Sekatan tambahan akan dilaksanakan terhadap Pyongyang berkuat kuasa pada 5 Mac selepas penemuan itu secara rasmi diterbitkan, katanya.

“Tindakan penghinaan terhadap norma sejagat berhubung penggunaan senjata kimia terus menunjukkan sifat Korea Utara dan lantaran itu tidak mampu toleransi dengan program WMD Korea Utara dalam apa juga bentuk,” kata Nauert.

Sekatan terbaru oleh Amerika Syarikat terhadap Pyongyang serentak dengan usaha Korea Selatan untuk mengadakan rundingan bagi menghentikan penggunaan nuklear.

Sebelum ini, Malaysia telah mengenal pasti Jong-nam mati kerana terdedah dengan agen saraf VX.-7/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 497  tetamu dalam talian